TAJUK 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

1. PENDAHULUAN
            Kini, kebanyakan ibu bapa berasa teknik guru mengajar di sekolah telah memainkan peranan yang penting dalam pelajaran anak-anaknya. Sebenarnya, strategi mengurus bilik pembelajaran juga penting kepada pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana suasana dan persekitaran yang ceria mampu membantu pelajar dalam pembelajaran mereka. Strategi ini juga mampu membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
            Menurut kepada Morrisey, strategik merupakan satu proses untuk menentukan arah yang harus dituju oleh suatu perusahaan supaya dapat tercapai segala misi. Bagi definisi pengurusan pula, menurut kepada Stoner, beliau mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Maksud bilik pembelajaran pula ialah satu tempat bagi pelajar berkumpul dan memperoleh pengetahuan daripada guru. Akhir sekali, menurut kepada Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, pengurusan bilik darjah bermaksud kemahiran guru menggunakan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan menguruskan tingkah laku pelajar dalam menyediakan suatu iklim pembelajaran yang sesuai. Strategi mengurus bilik pembelajaran ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu unsure fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan mengurus iklim pembelajaran positif.

2. ISI PENTING

ISI 1: Unsur Fizikal Bilik Darjah
#Konsep Bilik Darjah
-          Perbezaan bilik darjah dahulu dengan sekarang.
-          Dahulu, pelajar belajar di bawah pokok besar; manakala sekarang, pelajar belajar di dalam bilik darjah yang di bawah jagaan seorang guru.
-          Sebuah bilik darjah secara fizikal dilengkapi dengan kerusi, meja pelajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan mempunyai 20 hingga 30 pelajar dalam satu kelas.
#Jenis Bilik Darjah
-          Bilik Darjah Tradisi
-          Bilik Darjah KBSR dan KBSM
-          Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM)
-          Bilik Darjah Terbuka
#Penyusunan Bilik Darjah
-          Meja guru perlu diletak di hadapan kelas supaya semua pelajar dapat menfokus kepada guru yang sedang mengajar di hadapan.
-          Meja pelajar perlu bertentangan dengan arah meja guru supaya guru mampu sentiasa memastikan pelajar-pelajarnya belajar dengan bersungguh-sungguh.
-          Papan hitam perlu diletak di dinding hadapan kelas kerana semua pelajar senang untuk menghadap ke papan hitam.
-          Dua pasang pintu wajib dibina bagi setiap bilik darjah supaya ia dapat memudahkan pergerakan pelajar apabila berlaku kes kecemasan.
-          Tingkap perlu dibina di dinding kiri dan dinding kanan kelas supaya udara sentiasa mengalir dan pelajar mampu menghisap udara yang segar. Ini mampu membantu pelajar belajar dengan lebih semangat dan berkesan.
-          Almari perlu disusun di belakang bilik darjah supaya ia tidak menghalang penglihatan pelajar semasa belajar dalam bilik darjah.
#Pengurusan Bilik Darjah
-          Rutin bilik darjah

  •     Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan.
-          Tujuan rutin bilik darjah

  •        Menjimatkan masa dan tenaga.
  •     Menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok serta bekerjasama di kalangan pelajar.
-          Menyimpan rekod

  •    Maksud = Satu cara merekod, mengelas dan mentafsirkan data setiap pelajar. Maklumat yang direkod ini mampu diguna untuk menilai kejayaan atau kegagalan seseorang guru terhadap objektif pengajarannya.
  •   Rekod tersebut mesti digunakan, boleh diperoleh dengan mudah, lengkap dan menyatakan perkara yang benar.
-          Klasifikasi sumber pembelajaran

  •     Sumber pembelajaran boleh dibahagi kepada 4 jenis iaitu sumber asas, sumber bukan elektronik, sumber elektronik dan sumber yang bercorak pengalaman.

ISI 2: Interaksi dalam Bilik Darjah
-          Jenis interaksi bercorak lisan
ü  Interaksi sehala atau tradisional
ü  Interaksi dua hala antara guru dan murid
ü  Interaksi dua hala antara murid dan murid
ü  Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
ü  Interaksi berkomputer
-          Pembentukan interaksi dalam bilik darjah
ü  Susunan bilik darjah seperti Susunan Tradisi, Susunan Horse Shoe dan Susunan Madular.
ü  Keadaan emosi bilik darjah seperti suara guru yang jelas dan sikap guru yang positif.
ü  Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai:
·         Gaya Autokratik – tidak sesuai untuk interaksi sehala
·         Gaya Demokratik – paling sesuai untuk interaksi 2 hala
·         Gaya Laissez Faire – tidak sesuai untuk kebebasan penuh diberikan kepada pelajar
-          Penggunaan alat bantu mengajar berteknologi seperti Slaid, pita video, rakaman dan sebagainya.
-          Penyediaan sesi bimbingan kaunselor kepada pelajar yang bermasalah.
-          Sikap guru yang memberi kebebasan untuk pelajar membuat keputusan.

ISI 3: Mengurus Iklim Pembelajaran Positif
- Ciri-ciri iklim bilik darjah
  • Hubungan yang saling hormat-menghormati antara guru dengan pelajar-pelajarnya.
  • Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
  • Perasaan kekitaan yang timbul antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
  • Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
- Dibahagi kepada 3 aspek:

  • Aspek fizikal - Menekan kepada keselamatan, kebersihan, keselesaan, keindahan, susun atur meja dan penyediaan BBM.
  • Aspek sosial - Menekan kepada rasa hormat, bertanggungjawab, bekerjasama, bantu-membantu, perasaan kekitaan, bangga, setia, pujian dan galakan, penghargaan, ganjaran dan teguran serta denda.
  • Aspek budaya ilmu - Menekan kepada wujudkan rangsangan ingin belajar, amalan membaca, amalan perbincangan, amalan berdiskusi dan amalan papan kenyataan.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran yang berkesan sangat penting kepada sesebuah sekolah dan setiap pelajar. Strategi tersebut adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan pengurusan iklim pembelajaran positif. Selain daripada itu, guru turut memainkan peranan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat serta isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

4. RUJUKAN
Indah. (2009, Januari 16). Mewujudkan Iklim Bilik Darjah yang Kondusif. Dimuat turun daripada http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjah-yang.html.
Mas Min. (2017, Januari 2). 20 Pengertian Strategi Menurut Pendapat Para Ahli Terlengkap. Dimuat turun daripada https://www.pelajaran.co.id/2017/02/pengertian-strategi-menurut-pendapat-para-ahli-terlengkap.html.
Nurul Ain Shahira Binti Rosman. (2018, Disember 8). Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran (bilik darjah/makmal/studio/dll). Dimuat turun daripada http://missminarmy.blogspot.com/2018/12/kps3014-bab-8-strategi-mengurus-bilik_8.html.
Zurainah Lokman. (2011, Oktober 22). Pengurusan Bilik Darjah LINUS. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/cikguzazazue/pengurusan-bilik-darjah-linus.

Disediakan oleh: ELSIE LEE YAO QIAN
D20191089696

没有评论:

发表评论