TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

TAJUK 13: Sekolah dan Persekitaran
PENDAHULUAN
            Tajuk ini membincangkan tentang bagaimana hubungan sekolah dengan seluruh masyarakat. Menurut kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi sekolah merupakan tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Manakala definisi persekitaran merupakan kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar menurut kepada Kamus Dewan Edisi Kedua. Dalam konteks ini, menjaling hubungan yang baik antara sekolah dengan persekitaran akan membawa impak yang baik dalam kalangan pelajar mahupun semua pihak dalam masyarakat ini. Oleh itu, hubungan sekolah dengan persekitaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Komponen dalam hubungan ini berbentuk tiga dimensi iaitu sekolah, masyarakat dan ibu bapa dalam mencapai matlamat sekolah dengan cara perkongsian pintar. Dalam konteks ini, mereka akan bekerjasama untuk mencapai matlamat atau objektif yang sama dengan hubungan yang mantap dan akrab. Seterusnya, melaksanakan gabungan strategik supaya membawa faedah  sinergi kepada semua pihak yang terlibat.

ISI PENTING
Kajian mengenai hubungan antara sekolah dan persekitaran ini memfokuskan kepada empat unsur utama iaitu hubungan sekolah dengan masyarakat, hubungan guru dan ibu bapa, dan Isu-isu pendidikan semasa Pendidikan dan globallisasi.
Isi yang pertama ialah mengenai isu hubungan sekolah dengan masyarakat. Menurut Kindred Leslie, dalam bukunya “School Public Relation” mengemukakan pengertian hubungan sekolah dengan masyarakat sebagai berikut: “ hubungan sekolah dengan masyarakat adalah suatu proses komunikasi antara sekolah dengan masyarakat untuk berusaha menanamkan pengertian warga masyarakat tentang kebutuhan dari karya pendidikan serta pendorong minat dan tanggung jawab masyarakat dalam usaha memajukan sekolah”. Dalam konteks ini, Masyarakat memiliki ‘sense of belonging’(rasa kekitaan)  dan ‘collegiality’ (kolegialiti) dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’ (keberkesanan, peningkatan berterusan dan perubahan lestari). Dalam matlamat perkongsian antara dua komponen ini, sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang tidak bersifat bersendirian. Sebaliknya, sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks. Oleh itu, sekolah memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya. Seterusnya, terdapat kepentingan perkongsian, iaitu berbentuk saling memerlukan dalam kalangan masyarakat dan sekolah. Sekolah boleh sebagai agen perubahan masyarakat. Hal ini kerana, masalah masyarakat merupakan masalah  sekolah juga, sekolah perlu bertanggungjawab dalam menyebar ilmu nilai murni yang betul supaya masalah masyarakat dikurangkan. Sekolah dan masyarakat hendaklah sentiasa mengambil berat bahawa budaya adalah hak masyarakat. Selain itu, sekolah yang selamat juga memerlukan penglibatan masyarakat. Dalam konteks ini, melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).
Isi yang seterusnya ialah mengenai guru dan ibu bapa. Dalam konteks ini, institusi yang memain peranan yang penting ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Ibu bapa yang sebagai anggota utama dalam badan ini hendaklah menjadi ‘role model’ iaitu peranan yang baik kepada anak iaitu pelajar. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG seterusnya mempengaruhi semangat guru ketika bertugas. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Seterusnya, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Hal inikerana kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat yang luas amatlah dialu-alukan oleh pihak sekolah. Selain itu , penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Bukan itu sahaja, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah akan memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. Oleh itu, pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan. Selain itu, ibu bapa juga haruslah menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Hal ini supaya menambahbaikan kemudahan sekolah. Antaranya strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG. 
Selain itu ialah isi yang mengenai Isu-isu pendidikan semasa Pendidikan dan globallisasi. Dalam konteks ini, pandemik Covid-19 merupakan salah satu isu semasa yang sangat diambil berat dalam seluruh dunia. Menurut Wikipedia Melayu, Pandemik COVID-19 juga dikenali sebagai pandemik koronavirus ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global. Kebanyakan aktiviti dan institusi terpaksa ditutup dan berhenti. Antaranya merangkumi sekolah dan seluruh masyarakat. Dalam negara Malaysia, sekolah berhenti beroperasi sejak bulan Mac iaitu tarikh untuk Movement Control Order (MCO) dimulai dann diisytiharkan oleh kerajaan. Dalam keadaan ini, sekolah dikehendaki untuk menjalankan kelas atas talian. Oleh itu, terdapat perkembangan dalam bidang teknologi dalam kalangan seluruh masyarakat mahupun sekolah. Pelbagai aplikasi seperti Zoom dan Google Meet mula dimesrai oleh sekolah. Walaubagaimanapun, cara ini biasanya akan menyusahkan mereka yang mempunyai internet yang tidak cukup cepat untuk melaksanakan kelas atas talian. Selain itu, cara ini biasanya mengurangkan interaksi pelajar dengan guru akibat kamera dan mic boleh ditutup semasa waktu kelas. Seterusnya, subjek seperti Biologi tidak dapat dijalankan akibat tiada tempat atau kemudahan mandatori yang boleh diguna untuk berlatih dalam kelas maya ini. Oleh itu, walaupun cara kelas atas talian ini tidak mudah dijalankan, tapi yang boleh pasti adalah hal ini telah membawa perkembangan dalam kalangan sekolah.

Rumusan
Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran mempunyai hubungan yang erat dan tidak boleh dipincil antara satu sama lain. Sekolah dengan seluruh masyarakat ini perlu bekerjasama supaya pelbagai masalah yang dihadapi boleh ditangani dengancara yang pelbagai dan efektif.

Rujukan
Rosita (2019) “Membina Hubungan Sekolah dan Masyarakat Dalam Melaksanakan Disiplin Kelas  ”



Disediakan oleh: Ong Chia Jun
(D20191089715)









没有评论:

发表评论