TAJUK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

PENDAHULUAN

Topik ini membincangkan kajian-kajian pengurusan dan pembelajaran. Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi (Robbins, 1984). Selain itu, pembelajaran bermaksud proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woodfolk, 1995). Topik ini juga akan membincankan pengurusan pembelajaran. Sebagai seorang pelajar, pengurusan pembelajaran adalah penting supaya semua proses pembelajaran dapat berlaku dengan efektif dan objektif yang ditetapkan dapat dicapai oleh pelajar sendiri.

ISI-ISI PENTING

A. Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah merupakan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Selain itu, ia juga merujuk kepada usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014).

Antara domain pengurusan bilik darjah ialah memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah, mengorganisasi persekitaran fizikal, menguruskan tingkah laku pelajar, menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan saling menghormati, mengurus dan melancarkan proses pengajaran, berinteraksi dengan rakan sekerja, ibu bapa dan pihak lain untuk mencapai objektif pengurusan pembelajaran.

Dari aspek pengurusan bilik darjah, ia merangkumi aspek pembelajaran, aspek tingkah laku dan disiplin serta aspek fizikal. Yang pertama, aspek pembelajaran. Pengetahuan profesionalisme guru perlulah dipertingkatkan dari pelbagai bidang seperti pelajar, pedagogi, kurikulum, kontenpedagogi, kandungan mata pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan. Oleh itu, kualiti pengajaran guru dan pengurusan pembelajaran pelajar juga akan ditambahbaikkan. Selain itu, bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip-prinsip yang berikut:


I. Set induksi
 -Guru perlulah menyediakan aktiviti ringkas kepada pelajar untuk dijalankan alam bilik darjah untuk menarik minat mereka.

II. Penyampaian
  -Guru perlulah mengikut langkah yang sesuai dengan masa, bahan dan aras pencapaian pelajar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka supaya mereka dapat menyerap ilmu yang diajar dengan lebih mudah.
     -Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid-murid tidak bosan.

      III. Penutup
     -Guru perlulah membuat rumusan dan penilaian sebelum sesuatu kelas tamat. Oleh itu, pelajar dapat mengukuhkan isi atau ilmu dari guru pada hari tersebut dan sentiasa berasa keyakinan dan bersedia untuk menerima ilmu yang baru.

  Yang kedua, aspek tingkah laku dan disiplin. Disiplin pelajar merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mancapai kejayaan dan mengawal tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru-guru digalakkan untuk menggunakan kaedah yang lebih lembut untuk mengawal tingkah laku dan disiplin pelajar supaya maruah diri tidak terjejas oleh guru. Sebagai contoh, mewujudkan latihan yang perlu diselesaikan dalam kumpulan, memberi ganjaran bagi perlakuan pelajar yang baik, penggunaan bahasa isyarat supaya mangawal tingkah laku pelajar, menggunakan kaedah kaunseling dan lain-lain.

    Yang ketiga, aspek fizikal. Ianya berkaitan dengan pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi pelajar dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal akan menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Oleh yang demikian, suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.


B. Strategi Pengurusan Pembelajaran
Strategi pengurusan pembelajaran merangkumi tiga sudut, iaitu berpusatkan pelajar, berpusatkan bahan dan berpusatkan guru. Ketiga-tiga ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

I. Berpusatkan pelajar
-1Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
-Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dirancang sama ada secara individu, berkumpulan kecil, atau kelas.
-Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.

II. Berpusatkan bahan
-Guru menggunakan bahan pembelajaran seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan peralatan saintifik, komputer, pusat sumber dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
-Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian perancangan.
-Guru berperanan sebagai pembimbing.

III. Berpusatkan guru
-Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran
-Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.
-Sebagai contoh, kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan soalan yang diberi oleh guru.

C. Pengurusan Sekolah
Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia (Sharpe, 1989). Oleh itu, keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang istimewa.

Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis, iaitu pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid, 2001). Walau bagaimanapun, sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa (Senge, 2000). Oleh itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus sekolah amat penting bagi mewujudkan sesebuah sekolah yang berkesan.

D. Kajian-kajian untuk Meningkatan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
Bagaimana untuk meningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran boleh dikaji dari beberapa aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa dan sesuai, isu-isu dan perubahan sistem pembelajaran kini, buku teks yang digunakan oleh pelajar dan juga guru. Dalam semua aspek ini, yang paling penting adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa dan sesuai. Antaranya seperti pendekatan belajar sambil bermain, pendekatan bertema pendekatan bersepadu, penggunaan ICT dalam pembelajaran dan lain-lain.

RUMUSAN

Pada masa kini, bidang pendidikan telah menjadi aspek paling penting dan masyarakat di negara kita semakin mengambil berat pada pendidikan pelajar. Hal ini kerana hanya dengan cara menerima pendidikan rasmi, seseorang baru bolehlah mengubah masa depan sendiri. Oleh itu, kualiti guru dalam pengajaran dalam bilih darjah dan juga keupayaan pelajar untuk menguruskan pembelajaran perlulah sentiasa dipertingkatkan oleh semua pihak.


RUJUKAN
Asyikin. (March 29, 2013). Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar. Slideshare. 1-33. https://rb.gy/6jffah.


James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn Bhdhttps://rb.gy/fee7pp.


Norulhuda Ahmad. (2014). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Slideshare. 1-3. https://rb.gy/qmr7sl.

Disediakan oleh: Lau Mei Chin
(D20191089723)

没有评论:

发表评论