TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


PENDAHULUAN
Tajuk ini membincangkan tentang bagaimana pengurusan dalam alam pembelajaran. Dalam konteks ini, terdapat satu unsur yang penting iaitu pengajaran. Definisi pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas . Manakala tujuan umum pengajaran ialah untuk guru-guru menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Tapi, disebabkan oleh jenis atau sifat ilmu pengetahuan yang tidak sama, ataupun latar belakang pelajar-pelajar yang berbeza-beza, corak pengajaran akan banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Seterusnya, matlamat pengajaran ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.

ISI PENTING
Dalam proses pengajaran, terdapat aksi guru-guru yang penting iaitu haruslah membuat penilaian. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan.  Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan sebaik mungkin dan seterusnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.  Dalam konteks ini, antara tujuan merancang suatu pengajaran ialah memenuhi masa yang diperuntukan. Hal ini kerana guru-guru bisanya hanya diberi masa yang singkat untuk prose pengajaran dalam bilik darjah mahupun kelas maya iaitu secara atas talian. Tujuan yang kedua ialah supaya menepati kehendak objektif atau matlamat. Hal ini kerana biasanya terdapat banyak tajuk dalam sesuatu tema, guru haruslah mengajar tentang tajuk yang paling utama sebelum mengajar tentang tajuk yang lain. Seterusnya ialah tujuan supaya proses pengajaran berkesan sepanjang waktu pengajaran. Dalam konteks ini, kebanyakan ilmu pengetahuan mempunyai mekanisme yang rumit dan susah diterima oleh pelajar. Oleh itu guru perlu merancangkan pengajarannya dengan baik supaya boleh mengajar atau menerangkan dalam sifat yang senang dan mudah diterima oleh pelajar. Selain itu ialah tujuan untuk menarik perhatian dan tidak membosankan. Dalam konteks ini, pelajar akan sentiasa berasa letih akibat perlu menjalankan proses pembelajaran sepanjang 6 jam secara purata dalam Malaysia. Oleh itu, guru haruslah merancang pelbagai cara yang kreatif seperti PDPC (Pembelajaran dan Pemudahcaraan) Abab Ke-21 supaya pelajar boleh berfokus dan ilmu pengetahuan dapat diterima.
Seterusnya, guru-guru haruslah membuat persediaan sebelum mengajar. Antaranya ialah:
1.     Penulisan persediaan mengajar.
2.    Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar.
3.    Persediaan bahan pengajaran.
4.    Persediaan peralatan pengajaran.
5.    Persediaan ruang pengajaran.
6.    Persediaan kemahiran dalam pengajaran.

Seterusnya ialah guru-guru hendaklah membuat refleksi pengajaran. Menurut kepada THEN MOLI A/P KANIPPAN(2013), penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Refleksi atau muhasabah ini akan dibuat oleh guru selepas melaksanakan pengajaran. Kandungan Refleksi merangkumi kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran yang perlu dibaiki dalam pengajaran akan datang. Antara aspek refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan murid, dan keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.
Selain itu ialah kajian di sekolah. Dalam konteks ini, guru-guru seharusnya sentiasa bersedia membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran demi meningkatkan prestasi mereka. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan kajian tindakan terhadap keberkesanan aktiviti pembelajaran dan pengajaan. Kajian tindakan boleh dijadikan sebagai cara “to investigate questions about their practice and to develop workable solutions that improve learning by all” (McNiff, Lomax, & Whitehead, 1996). Kajian tindakan yang dilakukan bukanlah bertujuan membuat generalisasi melainkan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru berkaitan (Lomax & Zoe, 1995). Tujuan kajian tindakan ialah sebagai renungan ataupun refleksi kepada aktiviti pengajaan dan pembelajaran  yang sedia ada dan amat tertumpu kepada penyelesaian masalah di bilik darjah. Kajian tindakan juga dibahagi kepada beberapa jenis, iaitu kajian tindakan teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action research) dan kajian tindakan bebas (emancipatory action research) (Carr & Kemmis 1986; Grundy 1982). Walaubagaimanapun, setiap cara akan membawa manfaat jika mengikut setiap peringkat yang berikut:
1) Tinjauan (mengenal pasti apakah masalah yang cuba diselesaikan atau proses peningkatan prestasi)
2) Perancangan (merancang apakah tindakan/intervensi yang ingin dijalankan)
3) Pelaksanaan/Pemerhatian (menjalankan tindakan/ intervensi yang telah dirancang)      
4) Renungan/Refleksi (menjalankan refleksi berkenaan tindakan/ intervensi yang telah dijalankan)

Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran merupakan salah satu tajuk yang sangat penting untuk guru mengambil berat. Guru hendaklah menjadi sensitive terhadap semua maklumat yang berikut dan terutamanya terhadap sifat-sifat pelajar yang berbeza. Hal ini supaya dapat mencapai objektif pengajaan iaitu menyebar ilmu pengetahuan.

Rujukan
THEN MOLI A/P KANIPPAN (2013) KEMAHIRAN DAN AMALAN PENULISAN REFLEKSI DALAM KALANGAN GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU.



Disediakan oleh: Ong Chia Jun
(D20191089715)





         
         





没有评论:

发表评论