Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Contohnya, membentuk budaya melalui tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya. Maka definisi pelbagai budaya ialah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Menurut Ahmad Nazri (2015), keperluan kepelbagaian budaya, SlideShare, muka surat 1-27, terdapat kepelbagaian budaya merangkumi kepelbagaian pengetahuan, kepercayaan, seni, undang-undang, adt resam, dan kebolehan lain serta tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai masyarakat. Sementara itu, menurut Shockgadof, FamilyGuy (2011), pengurusan merentas budaya, SlideShare, muka surat 1-25, pengurusan merentas budaya adalah institusi sekolah merupakan entiti utama dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. Dalam pengurusan merentas budaya guru main peranan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kepelbagaian budaya murid mempunyai pelbagai isu, sesetangah isu dapat ditangani tetapi sesetengah isu tidak dapat ditangani.
Pelbagai budaya adalah seni untuk mengurus kepelbagaian budaya pelajar. Kita tahu negara Malaysia adalah negara majmuk dalam bangsa, maka masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai budaya. Selain itu, guru adalah agen dan bertanggungjawab untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat pelbagai budaya dalam kalangan pelajar. Dalam semua individu memang berbeza antara satu sama lain. Guru-guru perlu sedar hakikat ini dan berfikir cara yang efektif untuk menangani masalah ini. Terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Selain itu, terdapat banyak perbezaan di kalangan pelajar. Contohnya, Bangsa, agama, taraf keluarga, gender. Juga melibatkan golongan minoriti iaitu orang kurang upaya, golongan dan minoriti (orang asli). Guru perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza dan pelajar memerlukan bimbingan secara terus oleh guru. Perkara yang paling penting adalah guru tidak seharusnya berat sebelah terhadap pelajar.
Dalam cara pengurusan merentas budaya dalam kalangan pelajar, semua sekolah perlu memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Contohnya, sekolah menggunakan cara pendidikan inklusif. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. (Sabri Salleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, 1996). Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Pendidikan inklusif jadi satu falsafah sekolah dan tanggungjawab pengurusan sekolah untuk mengamalkannya. Dalam pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu membuka peluang kepada pelajar OKU. Pendidikan inklusif sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif. Sekolah-sekolah juga perlu menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa. Peranan atau implikasi pendidikan inklusif kepada guru adalah memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Tujuan pendidikan inklusif adalah membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.
Isu kepelbagaian budaya murid menyebabkan masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang masa mereka. Ini menyebabkan guru sangat sibuk dalam mengatur pelbagai pembelajaran kepada pelajar. Isu kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar akan berlaku rasis atau perkauman, ini akan menyebabkan pelajar tidak bersepadu dengan rakan yang kaum lain. Diskriminasi atau penindasan juga akan berlaku, pelajar yang biasa mungkin akan menggunakan pandangan yang lain melihat pelajar kurang upaya. Ketidakadilan sosial juga akan berlaku, guru mungkin memberi tugasan yang berbeza kepada pelajar yang berbeza, pelajar akan merasa tidak mempunyai keadilan. Selain itu, terdapat juga banyak isu kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar, contohnya, menyalahkan mangsa (eg. Menyalahkan mangsa rogol kerana berpakaian menjolok mata), penilaian berat sebelah, bahasa dan komunikasi, dialek, bilingual, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, komunikasi tanpa lisan – mengejek, menyindir dan lain-lain.
RUMUSAN
Pada pandangan saya, kepelbagaian budaya di Malaysia sangat memanfaatkan rakyat. Satu daripada keistimewaan masyarakat Malaysia yang menjadi tarikan utama dunia ialah kepelbagaian budaya. Malaysia yang didiami oleh masyarakat pelbagai pelbagai bangsa, agama, dan etnik telah melahirkan identiti yang menarik kepada negara. Perkara ini, jika dipelihara sebaik-baiknya, akan menjadi aset penting kepada negara, yang akan memberikan impak, bukan sahaja kepada pengukuhan warisan budaya tersebut, malah pembangunan ekonomi, pendidikan, sukan dan sosial negara. Warna-warni kepelbagaian budaya di Malaysia telah merancakkan industri pelancongan dan keusahawanan produk tradisional, memberikan nilai tambah kepada aspek pendidikan individu, mempromosikan sukan rakyat, dan mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat. Kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia telah memberikan ruang yang besar kepda seluruh rakyat untuk meningkatkan kecenderungan masing-masing untuk kemajuan diri sendiri, masyarakat dan negara. Kerajaan telah merancang pelbagai peluang kepada rakyat yang berminat untuk mengambil kesempatan daripada kepelbagaiam budaya yang ada di Malaysia, melalui agensi kerajaan yang berkaitan. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, misalnya, mempunyai agensi yang khusus dalam aspek pelancongan dan kebudayaan. Kementerian ini menyediakan maklumat pelancongan dan kebudayaan, pembangunan kemahiran kebudayaan, tindakan sokongan terhadap sumber pelancongan tempatan dan sebagainya. Semua ini telah memberikan impak kepada peningkatan ekonomi masyarakat dan negara.
RUJUKAN
1. Kamus Dewan. (2005). Kepelbagaian budaya. Edisi keempat. Muka surat 102.
https://docplayer.info/67422697-Kepelbagaian-budaya-menurut-kamus-dewan-2005-edisi-keempat-muka-surat-102-kepelbagaian-ialah-perihal-berbagai-bagai-jenis-kepelbagaian-merangkumi.html2. Ahmad Nazri. (2015). Keperluan kepelbagaian budaya. SlideShare. 1-27.
https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/keperluan-kepelbagaian-budaya
3. Shockgadof, FamilyGuy. (2011). Pengurusan Merentas Budaya. SlideShare. 1-25.
https://www.slideshare.net/shockgadof/pengurusan-merentas-budaya
4. Sabri Salleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. (1996). Pendidikan Inklusif. Jurnal.
https://www.coursehero.com/file/37958273/pendidikaninklusif-130509204343-phpapp01pdf/
Disediakan oleh: Chan Cai Peng
(D20191089704)
没有评论:
发表评论