TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


1. ASAS-ASAS SOSIOLOGI PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN
Sosiologi        
Sosiologi merupakan kajian tentang kumpulan dan interaksi kumpulan, masyarakat dan interaksi sosial, dari kumpulan kecil dan peribadi kepada kumpulan yang sangat besar (Openstax,2017) atau kajian ilmiah tentang tingkah laku sosial dan kumpulan manusia. Ia memberi tumpuan kepada hubungan sosial; bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi tingkah laku manusia dan bagaimana masyarakat berkembang dan berubah (Schaefer, 2017).
Selain itu, sosiologi pendidikan memberi tumpuan kepada faktor-faktor sosial yang menyebabkan dan disebabkan oleh pendidikan. Ini termasuk kajian faktor-faktor yang berkaitan dengan pendidikan, seperti jantina, kelas sosial, bangsa dan etnik, dan kediaman luar bandar-bandar (Saha, 2015).

2. FUNGSI-FUNGSI SOSIOLOGI DALAM PEMBELAJARAN
Fungsi yang dimainkan oleh bidang pembelajaran adalah untuk memenuhi kepelbagaian keperluan masyarakat seperti sosialisasi iaitu pelajari kemahiran yang sesuai untuk berfungsi dalam masyarakat. Selain itu, integrasi sosial iaitu pelajari nilai yang sama untuk keharmonian bersosialisasi. Penempatan Sosial iaitu pelajar diajar ikut tahap kecerdasan untuk keperluan hidup kelak.

3. KONFLIK DALAM PEMBELAJARAN
Teori Konflik
Definisi konflik dalam bahasa latin adalah ‘confligere’yang bermaksud saling membunuh. Dalam pengertian sosiologi difahami sebagai satu ‘proses sosial’. Konflik bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan).

Implikasi Kepada Bidang Pendidikan
Semasa teori konflik berlaku, pendidikan akan mewujudkan ketidaksamaan sosial (social inequality) dalam masyarakat. Sekolah yang berbeza dalam sumber, kualiti guru, kualiti pentadbir, persekitaran pembelajaran dan lain-lain akan menyumbang kepada ketidaksamaan sosial dalam masyarakat. Keadaan pengelasan pelajar kepada pandai dan lemah, pelajar pandai akan ditempatkan ke dalam laluan yang berbeza dengan pelajar yang lemah juga akan berlaku.

4.     TOKOH SOSIOLOGI
Antara tokoh sosiologi adalah Auguste Comte (1798-1857), Karl Marx (1818-1883), Emile Durkheim (1858-1917), Max Weber (1864-1920), George Herbert Mead (1863-1931) dan Ibnu Khaldun (1332-1406).
Auguste Comte (1798-1857)
Beliau telah mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat). Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik
Karl Marx (1818-1883)
Beliau merupakan seorang ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang berasal dari Jerman. Ideologi yang dikemukakan adalah perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi
Emile Durkheim (1858-1917)
Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial. Dalam masyarakat moden, pembahagian tugas akan mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial
Max Weber (1864-1920)
Beliau mengemukakan strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah multidimensi: ekonomi, status dan kuasa. Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) akan memberi kesan kepada perubahan sosial.
George Herbert Mead (1863-1931)
Konsep simbol penting kepada kehidupan sosial manusia. Antara simbolnya adalah perkataan, objek, perlakuan, bahasa
Ibnu Khaldun (1332-1406)
Beliau menyatakan kajian masyarakat merupakan bidang sains sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan manusia serta kajian terhadap membezakan antara masyarakat primitif dan moden, desa dan kota dan lain-lain.

Rujukan
Amir Hasan Dawi, 2006, Penteorian Sosiologi & Pendidikan Edisi Ketiga, Quantum Books: Tg. Malim.
Mohd. Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah & Pendidikan.
Kamus Dewan Edisi Baru, 1993, DBP: Kuala Lumpur.
http://id.wikipedia.org/wiki/Sosialisasi


Disediakan oleh: Lau Mei Seng
(D20191089724)

没有评论:

发表评论