TAJUK 12: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENDAHULUAN

            Tajuk ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program  pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.



ISI PENTING

            Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat isi isi penting iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini. Tajuk ini iaitu pengurusan murid pelbagai upaya membincangkan tentang bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

            Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Konsep pemulihan ialah mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Ciri-ciri kanak pemulihan ialah rendah diri, pasif, mengganggu rakan, kerap tidak hadir sekolah, lemah pemahaman, malas dan cepat bosan. Fungsi guru adalah menggunakan strategi pengajaran berlainan mengikut personaliti murid dan membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.

            Program pengayaan memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Konsep pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas. Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima. Objektif program pengayaan ialah membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Jenis pengayaan ialah pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Selain itu, pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.

            Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain. Ciri-ciri pintar cerdas adalah perbendaharaan kata yang lebih luas, mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah, keistimewaan dalam matematik, mencari kesempurnaan kendiri, tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah, petah berkomunikasi. Pendidikan pintar cerdas adalah kurikulum akademik yang diubahsuai dan kurikulum sedia ada tidak sesuai dengan IQ yang tinggi. Kurikulum ini mengandungi proses berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar Autisme bermaksud pelajar yang kecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi. Ciri-ciri pelajar Autisme ialah sukar berkomunikasi, mengelak untuk bertentang mata dan lain-lain. Pendidikan yang sesuai kepada pelajar Autisme adalah pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti (PDK), program bersepadu dan terancang, pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar dan pendidikan inklusif. Pelajar Disleksia merupakan keadaan di mana mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf. Ciri-ciri bagi pelajar Disleksia ialah disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan), diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik) dan disgrafia (merujuk kepada bahasa). Pendidikan bagi pelajar Disleksia ialah Pendekatan multi sensori merupakan pendekatan yang paling sesuai. Menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Deria-deria ini dijalankan serentak bagi memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia.

            Teori kecerdasan pelbagai diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Iaitu Kecerdasan Logik-Matematik, Kecerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Muzik, Kecerdasan Kinestetik Badan, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan Ruang Visual, Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan Eksistensialis. Semua kecerdasan mempunyai kekuatannya dan mengenai pendidikan yang sesuai untuk mengajar mereka.



RUMUSAN

            Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.



RUJUKAN

1. Suara Remaja. (2020). Pengurusan murid pelbagai upaya. Nota.

http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html



Disediakan oleh: Chan Cai Peng
(D20191089704)

没有评论:

发表评论