Tajuk ini akan membincangkan mengenai pengurusan penasihat murid. Guru-guru memainkan peranan penting untuk membimbing murid-murid. Guru-guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai pendidik, mereka juga sebagai pembimbing murid di sekolah.
Konsep bimbingan
Menurut Kamus Perdana Edisi ketiga (2007), bimbingan bermaksud panduan, pendahuluan, pengantar kata, pimpinan dan tuntutan. Guru-guru memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar apabila pelajar mengalami kesusahan seperti pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti dan tiada hala tuju yang terang. berasa keliru
Guru-guru boleh memberi bimbingan dari segi akademik, akhlak, rohani, pilihan kerjaya dan sebagainya. Melalui proses bimbingan, ini dapat membantu pelajar-pelajar mendapatkan keyakinan semula,membantu murid-murid mencari hala tuju dalam kehidupan dan sebagainya.
Konsep Kaunseling
Menurut Kamus Perdana edisi ketiga (2007), kaunseling merupakan proses teratur untuk menolong seseorang yang bermasalah untuk mengatasi masalahnya melalui bimbingan dan nasihat. Kaunseling diadakan untuk semua orang dan tidak mengira bangsa, agama, pekerjaan, dan sebagainya sekiranya seseorang yang mengalami masalah, setiap individu mempunyai hak untuk mengadakan perkhidmatan kauseling.
Konsep Penasihat
Menurut Kamus Perdana edisi ketiga (2007), penasihat bermaksud penaung dan perunding. Guru-guru juga memainkan peranan sebagai penaung dan perunding kaunseling.
Konsep Mentor
Menurut Shahizan (2006), mentoring didefinisikan sebagai proses yang menggunakan pelbagai aspek termasuk kemahiran oleh orang yang berpengalaman melalui bimbingan, didikan, dan latihan kepada remaja bagi tujuan pembelajaran. Di sekolah menengah juga menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling seperti program mentor-mentee. Program mentor-mentee. Program mentor-mentee boleh dijalankan secara berkelompok atau individu.
Terdapat beberapa corak untuk menjalankan program mentor-mentee seperti berbaris, bulatan, bentuk ladam, bulatan luar dan dalam, dan pasukan berbincangan. Program mentor-mentee juga boleh dijalankan secara bersantai agar murid-murid dapat melibatkan diri dalam program ini.
Proses bimbingan dan nasihat
Proses bimbingan dan nasihat adalah proses untuk membantu murid-murid menghadapi masalah. Semasa proses bimbingan dan nasihat, guru-guru kaunseling haruslah memberi kesabaran kepada murid-murid agar mereka berasa selesa untuk memberitahu masalah yang dihadapi. Melalui proses bimbingan dan nasihat, guru kaunseling berperanan membantu pelajar-pelajar untuk mengetahui mengenai potensi-potensi dan kebolehannya.
Selain itu, proses bimbingan dan nasihat juga dapat membantu murid-murid lebih memahami diri sendiri dan orang lain dengan lebih mendalam. Setelah murid-murid memahami diri sendiri, mereka akan lebih bijak membuat pilihan untuk diri sendiri kerana hanya mereka sendiri sahaja yang tahu apa yang sesuai untuk diri sendiri dan mempunyai hala tuju yang jelas.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa guru-guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai pendidik mereka juga memainkan sebagai guru kaunseling pada setiap masa untuk memantau dan menemankan murid-murid menghadapi cabaran pada setiap masa.
Rujukan
1. Intrapersonal & interpersonal Utk Remaja - Edisi Kemas Kini. (2006). Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?id=Leq3UTKzTMIC&pg=PA158&lpg=PA158&dq=bimbingan+kaunseling+mentoring&source=bl&ots=wZcf2C0321&sig=ACfU3U0tiN9xgczSX_tvIRGhcDZWzTu0qg&hl=zhCN&sa=X&ved=2ahUKEwiyv7ad2LLqAhVR4HMBHfi_BIAQ6AEwAnoECAgQAQ#v=onepage&q=bimbingan%20kaunseling%20mentoring&f=false
2. Kepentingan perkhidmatan bimbingan Dan kaunseling Di sekolah. (2014, May 22). Diperoleh daripada https://nota-budak-ipg.blogspot.com/2014/05/kepentingan-perkhidmatan-bimbingan-dan.html
3.Mengurus khidmat bimbingan & kaunseling sekolah. (2007). Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?id=ZrUNX2ikArQC&pg=PA199&lpg=PA199&dq=bimbingan+kaunseling+mentoring&source=bl&ots=WxS4h9j_qy&sig=ACfU3U2MRvsK5_M5g8WUxzxYPsNUMhsLog&hl=zh-CN&sa=X&ved=2ahUKEwiyv7ad2LLqAhVR4HMBHfi_BIAQ6AEwAXoECAsQAQ#v=onepage&q=bimbingan%20kaunseling%20mentoring&f=false
4.Super User. (2018, November 18). Kaunseling. Diperoleh daripada https://www.mohr.gov.my/psikologi/index.php/about-us
5. Topik 10 : Pengurusan penasihatan murid. (n.d.). Diperoleh daripada https://sitizulaiikaa97.blogspot.com/2018/11/topik-10-pengurusan-penasihatan-murid.html
Disediakan oleh: Chai Jia Xin
(D20191089705)
没有评论:
发表评论