TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU PERATURAN DAN DISIPLIN MURID

Tajuk ini membincangkan mengenai pengurusan tingkah laku dan disiplin murid. Bahagian ini akan membincangkan mengenai pengurusan devian dan salah laku dan pekeliling dan peraturan.  
Menurut Kamus Perdana edisi ketiga, tingkah laku bermaksud perangai. Menurut Abdullah Sani Yahya (2006), disiplin memainkan peranan penting untuk ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Kepentingan disiplin bagi seseorang individu adalah tidak dapat dinafikan. Disiplin seseorang dapat dipupuk oleh ibu bapa semasa kecil lagi untuk memupuk jati diri agar tidak terlibat dengan segala aktiviti yang tidak baik.
Menurut Kamus Dewan (2003), tingkah laku devian bermaksud perlakuan yang menyimpang atau melencong. Kes-kes yang melibatkan tingkah laku devian sering berlaku di sekolah. Remaja-remaja akan melalui proses pertumbuhan dan mempunyai perasaan ingin tahu mengenai pelbagai perkara.
Terdapat beberapa jenis tingkah laku devian:
1. Devian Inovasi

  •      Mencapai matlamat yang ingin dicapai dengan cara yang tidak betul.
  •   Contohnya, seseorang pelajar meniru jawapan semasa menjawab soalan peperiksaan.
2. Devian Ritual

  •    Tindakan yang mengulang-ulang suatu perbuatan apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak dapat mencapai matlamat yang mereka diingini.
  •   Contohnya, pelajar yang berasa kecewa akan membuat dan mengulang perbuatan yang sama.
3. Devian Undur

  •    Seseorang pelajar yang tidak minat untuk belajar dengan tujuan dan melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
  •      Contohnya, pelajar yang berasa kecewa atau malas akan selalu tidak hadir ke sekolah.
4. Devian Menentang

  •    Menolakkan matlamat persekolahan dengan menggantikan penglibatan yang tidak baik seperti gengterism.

Bagi mengatasi masalah gejala sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat beberapa pekeliling seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001. Dalam isi kandungan tersebut telah menyatakan bahawa semua guru hendaklah memainkan perana sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid.

Contoh yang seterusnya ialah masalah merokok dalam kalangan murid-murid. Dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/ 1997 telah menyatakan mengenai hukuman ke atas murid menghisap rokok. Murid-murid yang pertama kali melakukan kesalahan menghisap rokok akan dikenakan hukuman rotan sekali. Jika murid-murid tersebut telah melakukan tindakan menghisap rokok melebihi tiga kali, maka murid-murid akan digantung sekolah bagi kali keempat dan dibuang sekolah bagi melakukan kesalahan menghisap rokok kali kelima.

Kesimpulannya, guru-guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai pendidik sekolah. Mereka juga memainkan sebagai guru disiplin sekolah apabila terdapati murid-murid melibatkan diri dalam gejala sosial yang tidak baik. Guru-guru banyak memberi sumbangan dalam pengurusan tingkah laku dan disiplin murid-murid. Walaubagaimanapun, pihak ibu bapa dan masyarakat juga mempunyai tanggungjawab bagi membantu menjaga disiplin murid-murid untuk menjaga keharmonian masyarakat dan kehidupan.






Rujukan
1. 9 pengurusan disiplin. (2018, December 18). Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Asyikin4996/9-pengurusan-disiplin
2. Mengurus Disiplin Pelajar. (2005).  Diperoleh daripada  https://books.google.com.my/books/about/Mengurus_Disiplin_Pelajar.html?id=uA69_8skr04C&redir_esc=y
3. Pekeliling & PERATURAN - Portal Pejabat Pendidikan Daerah Penampang. (n.d.). Diperoleh daripada  https://sites.google.com/site/etugasanpng/pekelilin

Disediakan oleh: Chai Jia Xin
(D20191089705)


没有评论:

发表评论