TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

1. INTERAKSI DALAM PEBELAJARAN
Interaksi bererti saling tindakan yang berlaku antara sekurang-kurangnya dua pihak. Pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan yang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat mengalami sendiri proses pembelajaran. Antara jenis interaksi bilik darjah iaitu Interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan sosial (Shahabuddin et, al, 2007). Kepentingan interaksi pembelajaran adalah menekankan bahawa interaksi sosial membentuk realiti, manusia memainkan peranan yang mereka telah pilih dan sesuai mengikut  situasi, meneliti makna yang dibentuk antara guru dan murid dan sebagainya.

2. INTERAKSI DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
    Perspektif interaksionisme dalam pembelajaran atau pendidikan daripada Teori George Herbert Mead adalah fokus kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh individu yang terlibat terutamanya guru dan murid. Selain itu, individu berinteraksi dengan menggunakan simbol-simbol yang di dalamnya berisi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata. Interaksi sosial yang membentuk realiti seperti manusia memainkan peranan yang mereka telah pilih dan sesuai mengikut situasi. Aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial iaitu kelakuan tidak baik seorang murid tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat.
Perspektif mikro oleh Blackledge dan Hunt (1985) adalah dalam aktiviti Harian iaitu perubahan dalam pendidikan atau masyarakat adalah hasil daripada aktiviti seharianKebebasannya adalah aktiviti yang dilakukan mempunyai autonomi dan kebebasan yang tersendiri, maknaynya setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang tersendiri kepada pelakunya. Aktiviti harian melibatkan interaksi dengan orang lain kerana manusia selalu mengubahsuai pandanan mereka. Pelaku-pelaku selalu berkongsi interpretasi dan pemahaman. Sebagai pendekatan subjektif ialah kita melakukan interpretasi sesuatu aktiviti atau perlakuan mengikupelakuan itu sendiri.
Kepentingan interaksi dalam pendidikan utama dalam penyampaian ilmu oleh guru. Komunikasi dua hala antara pelajar dan guru kerana guru melaksanakan rancangan mengajar mengikut objektif pelajaran yang ditentukan. Oleh itu, murid dapat menyoal guru tentang pelajaran yang tidak difahami dan berpeluang untuk mengemukakan pendapat masing-masing. Guru juga dapat mengenalpasti kelemahan murid. Murid terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, toleransi dan tolong-menolong dapat dipupuk oleh pelajar.

3. BENTUK-BENTUK INTERAKSI PEMBELAJARAN
Jenis Kumpulan
a. Kumpulan mengikut kebolehan
Kumpulan akan terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan dan dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Oleh itu, penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran dapat dimudahkan.
b. Kumpulan pelbagai kebolehan
Kumpulan ini akan terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kelompok dan tidak dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana dan lemah tetapi dinamai mengikut nama aktiviti, tugasan atau sebagainya. Kumpulan ini dibentuk berasaskan tugasan yang diberi dan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

Bentuk-bentuk Interaksi Pembelajaran
a) Interaksi Sehala
Interaksi Sehala Guru Dengan Pelajar adalah kaedah mengajar cara lama seperti syarahan, demonstrasi, bercerita. Pelajar akan dipaksa menerima ilmu pengetahuan dan guru memberi arahan/penerangan.Pelajar tiada berpeluang berinteraksi dgn pelajar lain dan akhirnya tidak mengembangkan pemikiran pelajar
 
b) Interaksi Dua Hala.
Interaksi dua hala antara ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan ahli kumpulan.
 
Interaksi Dua Hala Guru Dengan Pelajar dilaksanakan seperti guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab tetapi interaksi antara rakan sebaya TIADA. Kesannya, pelajar mudah menjadi bosan dan rimas. Guru mendorong pelajarnya untuk aktif seperti kaedah menyoal atau kaedah individu. Guru juga boleh memberikan ganjaran untuk menggalakkan penglibatan murid.
 
c) Interaksi Dua Hala Antara Kumpulan.
Interaksi Dua Hala Antara Kumpulan merupakan beberapa kumpulan kecil yang dibentuk dalam satu kumpulan besar. Interaksi dua hala iaitu interaksi antara ahli-ahli dalam kumpulan kecil, dan interaksi antara ahli-ahli satu kumpulan kecil dengan ahli-ahli kumpulan kecil yang lain BERINTERAKSI sesama kumpulan dengan ketua kumpulan. Kemudian, ketua kumpulan akan berinteraksi dengan ketua kumpulan kecil bagi menyampaikan arahan.
 
Interaksi Kumpulan (Murid-murid)
Interaksi kumpulan berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti kaedah projek, bermain, dan lakonan. Interaksi ini bertujuan utk menggalakan penyertaan aktif pelajar. Kerja berkumpulan akan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi dan guru hanya menjadi pemudahcara/fasilitator (interaksi guru dengan murid sehala). Kesannya, keadaan pelajar yg takut/malu berpeluang berinteraksi dengan rakan dan mereka mampu menjana idea yang berkualiti daripada pelajar serta memupuk nilai positif mereka. 
 
d) Interaksi Sosial
Mengikut Kamus Dewan mendefinisikan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,kemasyarakatan,ia juga merujuk kepada persahabatan, pergaulan dan apa saja aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti berkumpulan yang bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar.

e) Interaksi Pelbagai Hala
Interaksi pelbagai hala merupakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan bercorak aktif dan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid dapat dipereratkan. Kesannya, peranan murid digunakan secara optimum melalui kaedah simulasi, main peranan, perbincangan dan lain-lain.
 
f) Interaksi Berkesan
Interaksi belaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya.
Ciri Interaksi Berkesan
Antara ciri interaksi berkesan adalah bersikap positif dan percaya kepada pelajar, bersifat ramah dan mesra, hormat pada pandangan dan pendapat pelajar, ketahui latar belakang pelajar, gunakan bahasa yang mudah difahami.

 Rujukan
 Irwan Shah Bin Mohd Ghanny (2013). Kajian tentang poal interaksi pelajar serta aktiviti pembelajaran berkesan dalam persekitaran pembelajaran atas talian bagi mata pelajaran Fizik. Universiti Teknologi Malaysia.

Dwistia, H., Latif, S., & Widiastuti, R. (2013). Hubungan interaksi sosial peserta didik dengan prestasi belajar. ALIBKIN (Jurnal Bimbingan Konseling), 2(3).


Disediakan oleh: Lau Mei Seng
                                            (D20191089724)

没有评论:

发表评论