TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

1. PENDAHULUAN
            Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mampu meningkatkan prestasi dan keputusan pelajar. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalan dengan lancar, pengurusan sumber yang sistematik telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan. Tanpa pengurusan yang baik, seseorang pelajar akan kehilangan arah dan sukar untuk mengawal sendiri dalam kehidupan.
            Merujuk kepada Mary Parker Follet, beliau menyatakan bahawa pengurusan adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Selain itu, menurut kepada James A.F Stoner & Charles Wienkel, beliau menyatakan pengurusan adalah satu proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
            Maksud sumber juga mempunyai beberapa makna yang berbeza. Menurut kepada Kamus Dewan, sumber bererti keterangan yang bertulis atau bercetak, surat yang mampu menjadi bukti. Di samping itu, menurut kepada Muhd. Yusof Ibrahim pula, sumber ialah suatu penulisan yang boleh menjadi punca kepada sesuatu lahiran pemikiran atau penulisan. Bagi beliau, sumber adalah sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus, seperti arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya, ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya.
            Malah bagi makna pengurusan sumber, ia boleh dikatakan sebagai cara manusia mengumpul dan memproseskan sumber yang diperoleh dalam proses merancang dan mengawal supaya mereka mampu mencapai matlamat yang dikehendaki. Tempat mendapatkan sumber dalam pendidikan yang paling kerap diguna oleh pelajar ialah pusat sumber. Setiap sekolah wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat sumber atau perpustakaan. Ia sangat berfungsi dalam membantu pembelajaran pelajar.

2. ISI PENTING

ISI 1: Konsep Pembelajaran Berasaskan Sumber
            Dalam konsep pembelajaran berasaskan sumber, manusia dapat belajar melalui tiga cara yang berbeza, iaitu pendengaran, penglihatan dan perlakuan. Biasanya, pelajar selalu ada satu konsep iaitu “Saya dengar dan saya tahu. Saya lihat dan saya faham. Saya buat dan saya ingat.”
#Kaedah Pembelajaran Berasaskan Sumber:
-          Meliputi 1 mata pelajaran tertentu atau melibatkan pelbagai jenis disiplin pelajaran.
-          Dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid.
-          Bersifat individu atau secara kumpulan.
-          Menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan.
#Komponen Pembelajaran Berasaskan Sumber:
-          Penggunaan buku teks.
-          Aktiviti penelitian.
-          Pencarian bahan dari pelbagai jenis sumber.
-          Latihan penyelesaian masalah.
-          Penggunaan alat pandang dengar.
#Dasar Pembelajaran Berasaskan Sumber:
-          Pengajaran melalui kerja projek.
-          Pengajaran unit yang berintegrasi.
-          Pendekatan berinterdisiplin.
-          Pembelajaran individu secara aktif.
#Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Sumber:
-          Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
-          PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif.
-          Dengan menyajikan pelbagai jenis pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja & saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
-          PBS memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.
-          PBS lebih fleksibel dalam penggunaan waktu serta ruang belajar.
-          PBS boleh mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri serta melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.

ISI 2: Peranan dan Fungsi Sumber Pembelajaran
#Peranan Sumber Pembelajaran:
-          Memudahcara perancangan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P).
-          Menyediakan dan mempromosi bahan bacaan berkualiti supaya murid kekal dan seronok membaca.
-          Menampung perbezaan dalam gaya P&P melalui penyediaan dan kesaksamaan akses kepada pelbagai jenis bahan, sama ada cetak, bukan cetak dan digital.
-          Menyediakan guru yang ada akses kepada maklumat kokurikulum dan bahan berkaitan dengan pembangunan professional di dalam dan di luar sekolah, serta peluang untuk bekerjasama merancang, melaksanakan dan menilai program pembelajaran yang mengintergrasikan sumber.
#Fungsi Sumber Pembelajaran:
-          Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang, kemas kini selaras dengan keperluan kokurikulum serta memenuhi keperluan warga sekolah.
-          Menyediakan kemudahan dan juga perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
-          Memberi panduan dan kemahiran kepada pelajar dan guru yang berkaitan dalam proses carian penghasilan dan penggunaan maklumat.
-          Menyalin perkongsian pintar dan rangkaian strategi dengan pelbagai jenis agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

ISI 3: Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran
Menurut kepada James Pellegrino, kemahiran akses sumber pembelajaran menjelaskan pelajar akan dapat berubah daripada menjadi pengguna kepada penghasil ilmu pengetahuan yang baru melalui penggunaan sumber pembelajaran yang terkini seperti digital audio, video, persembahan multimedia atau dokumen laman sesawang.
#Ciri-ciri Kemahiran Akses:
-          Kemahiran menjana idea.
-          Kemahiran mencari maklumat.
-          Kemahiran merumus hasil dapatan.
-          Menetapkan objektif.
-          Kemahiran menilai bahan.
#Akses Melalui Pusat Sumber:
-          Tempatnya terkumpul bahan cetak yang kemudiaannya meliputi bahan bukan cetak yang telah diklasifikasi, diproses, dikatalog dan disusunatur di tempat tertentu agar mudah dikesan dan digunakan oleh pelajar.
-          Pelajar mencari maklumat melalui akses teknologi telekomunikasi, maklumat internet.
#Akses Menggunakan Bahan Digital:
-          Menggunakan carian yang ada di Internet seperti enjin carian Google.
-          Jika kita mahir dalam penggunaan Internet, kita boleh mencari maklumat lebih tepat berbanding orang yang tidak tahu.
-          Contoh, untuk mencari bahan bercetak di pusat sumber, pelajar harus memahami penyusunan buku tersebut dari segi nombor panggilan dan cara pengelasan bahan.

3. RUMUSAN
            Kesimpulannya, pengurusan sumber merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam pembelajaran pelajar dalam pendidikan. Pendapatan sumber mampu mendorong pelajar belajar dengan lebih cepat dan berkesan. Dengan adanya sumber, pelajar dapat menjimatkan masa dan dapat mencapai objektif pengajiannya. Oleh itu, penyesediaan pusat sumber adalah wajib kerana ia mampu memberi bantuan kepada pelajar dalam mencari maklumat.

4. RUJUKAN
Ainaqila98. (2018, Disember 16). Nota Pengurusan dan Pembelajaran Murid (KPS 3014). Dimuat turun daripada http://notakps3014.blogspot.com/2018/12/bab-7-pengurusan-sumber.html.
Mohammad Fauzi. (2008, Januari 7). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1. Dimuat turun daripada https://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/.
Shockgadof. (2011, Julai 2). Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/shockgadof/k-e-m-a-23-h.
Sindykhor. (2018, December 17). Tajuk 6: Pengurusan Sumber. Dimuat turun daripada https://sindykhor.blogspot.com/2018/12/tajuk-6-pengurusan-sumber.html.

Disediakan oleh: ELSIE LEE YAO QIAN
D20191089696

没有评论:

发表评论