TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

PENDAHULUAN
Topik ini membincangkan tentang kepimpinan dan organisasi. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill, 1950). Selain itu, menurut Robbins (2003), organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama. Topik ini mempunyai beberapa isi penting iaitu gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru.

ISI PENTING
1. Gaya Kepimpinan
A. Autokratik
Autokrasi adalah salah satu gaya kepimpinan yang mempunyai pemimpin yang berkuasa mutlak. Berikutlah adalah ciri-ciri gaya kepimpinan autokratik:
-Pentadbiran berhierarki dan melibatkan komunikasi sehala.
-Penentuan dasar, pelaksanaan pentadbiran, dan aktiviti-aktiviti adalah mengikut keputusan pengetua. Guru-guru tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.
-Melahirkan guru-guru yang terlalu bergantung kepada pengetua patuh dan mungkin tidak menggalakkan perkembangan idea.
-Pemimpin autokratik akan menjalankan kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain.
-Dalam konteks bilik darjah, guru hanya memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pdpc.

B. Demokratik
Kepimpinan demokratik dikenali sebagai pemimpin yang menggalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang telah diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Berikutlah adalah ciri-ciri gaya kepimpinan demokratik:
-melibatkan komunikasi dua hala.
-Pengetua berbincang, menerima dan memberi pandangan.
-Keputusan dicapai menerusi persetujuan majoriti.
-Menggalakkan percambahan minda apabila guru-guru diberi peluang memberikan idea.
-Guru-guru mungkin berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian.
-Proses membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lebih baik.
-Sesuai dengan persekitaran yang mempunyai ahli yang terpelajar dan tidak berasa malu untuk menyumbangkan pendapat.
-menggalakkan semangat kerjasama, hormat dan hubungan yang mesra.

C. Laissez-faire
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan. Berikutlah adalah ciri-ciri gaya kepimpinan laissez-faire:
-bertentangan dengan gaya kepimpinan autokratik.
-Pemimpin banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan, dan kurang memberikan pandangan.
-Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli.
-Pemimpin kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti.
-Terdapat pihak bawahan akan mengambil kesempatan daripada kebebasan diberi.
-Sesuai diaplikasikan kepada murid yang mempunyai kawalan diri, berinisiatif, dan rajin belajar
-Peranan guru hanya sebagai pemudahcara sahaja.

D. Kontingensi
Gaya kepimpinan kontingensi adalah pengetua membuat keputusan mengikut keadaan atau keperluan yang wujud. Berikutlah adalah ciri-ciri gaya kepimpinan kontingensi:
-Mengikut keperluan atau mengikut keadaan yang wujud.
-Menganalisis kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan.
-Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah.
-Antara faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin ialah hubungan antara pemimpin dan anggota, struktur tugas serta posisi kuasa.

2. Organisasi sekolah

Rajah 1: contoh carta organisasi sekolah

Setiap sekolah mempunyai organisasi sekolah yang terdiri daripada pelbagai peringkat kepemimpinan supaya semua tugasan atau sekolah dapat dijalankan dengan lancar. Berikutlah adalah beberapa tugas-tugas pengetua dan pemimpin-pemimpin lain dalam sesebuah sekolah.

A. Pengetua

-bertanggungjawab dalam peningkatan pencapaian kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaan yang selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
-mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar
-bertangunngjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah

B. Penolong kanan (PK) pentadbiran
-menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya
-mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua
-bertangungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan
-membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran
-membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

C. PK hal ehwal murid
-menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua dan PK 1
-mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua
-bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama
-membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

D. PK petang
-mengejar pelajar dalam sekolah
-membantu pengetua dalam urusan pentadbiran harian
-mengurus disiplin dan kebajikan
-pengurusan kakitangan pada sesi petang

E. PK kokurikulum
-menjalankan tugas pengetua semasa ketiadanya PK1 dan PK2
-mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua
-bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kokurikulum termasuk sidang petang
-menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum sekolah
-membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

F. Bimbingan dan kaunseling
-mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual, dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
-mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjukajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
-merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
-merancang dan melaksana serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.

3. Kepimpinan peringkat sekolah
  Kepimpinan peringkat sekolah biasanya mempunyai empat gaya, iaitu autokratik,, demokratik, Laissez-faire dan kontingensi. Gaya kepimpinan yang paling banyak sekolah mengamalkan adalah gaya kepimpinan demokratik. Hal ini kerana guru-guru mempunyai kebebasan untuk menyampaikan pendapat sendiri. Mereka dapat bersuara dengan situasi semasa atau masalah yang telah wujud. Pengetua sekolah akan menitikberatkan usaha guru-guru untuk mencapai tujuan sesebuah organisasi iaitu sekolah. Lama-kelamaan, hubungan antara pengetua, guru-guru dan pihak dalam sekolah saling membantu dalam menjalankan tugasan dan menyelesaikan masalah.

4. Kepimpinan guru
   Dalam subtopik ini iaitu kepimpinan guru akan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kepimpinan pengajaran dan kepimpinan bilik darjah. Kedua-dua ini telah berkait antara satu sama lain.
A. Kepimpinan pengajaran
   Southworth (2002) mendefinisikan kepimpinan pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar. Berikutlah huraian-huraian tentang kepimpinan pengajaran:
 -Pemimpin pengajaran berkait dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar.
 -tindakan oleh pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran murid-murid.
 -merangka matlamat sekolah dan menjelaskan kepada komuniti sekolah seperti guru, pelajar, ibu bapa dan sebagainya.
   -memantau kemajuan pelajar dengan menggunakan keputusan peperiksaan untuk menilai kemajuan proses mencapai matlamat.
 -menggalakkan peningkatan profesional iaitu menggalakkan guru untuk menyertai kursus dalam perkhidmatan.
  -memberi insentif kepada pengajaran kepada guru dan pembelajaran kepada murid.

B. Kepimpinan bilik darjah
    Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak, menyampaikan visi kepada murid-murid dan menyakinkan mereka supaya mengikutinya. Berikutlah huraian-huraian tentang kepimpinan bilik darjah:
    -Keupayaan untuk menyampaikan visi kepada
murid-murid dan meyakinkan mereka supaya mengikut visi tersebut.
-Berkeupayaan menilai hasil kerja pelajar, memahami tingkah laku dan aspirasi mereka, dan memahami bagaimana guru dan pelajar bersama-sama membentuk sistem di bilik darjah.
-Berkeupayaan mencungkil potensi pelajar
-Mencipta persekitaran pembelajaran menggalakkan pelajar

RUMUSAN
Kepimpinan adalah sangat penting dalam semua organisasi. Tanpa seseorang pemimpin yang berwibawa dan berpengalaman untuk memimpin, sesebuah organisasi tidak akan berjaya untuk menyiapkan tugasan dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, semua pihak khususnya pihak sekolah perlulah berkerjasama supaya dapat melahirkan pemimpin sesebuah organisasi yang terbaik pada masa depan.

RUJUKAN
Nuha Jr. (2014). Organisasi & kepimpinan. Slidedhare. 1-45. https://rb.gy/ypu0sa.

Premaselvi Veeraiah. (2014). Kepimpinan. Slideshare. 5-7. https://rb.gy/reylxe.



Disediakan oleh: Lau Mei Chin
(D20191089723)

没有评论:

发表评论